Cari @ Amanz

TizenUmum mungkin sedia ingat yang mana sebelum ini, Intel pernah mempertontonkan Moblin pada komputer riba, terutamanya netbook. Kini, salah satu evolusi daripadanya, Tizen turut memperlihatkan perkembangan positif, dan kini dilihat dijalankan pada komputer riba.

Perkara ini dipertontonkan pada Tizen Conference 2013 yang diadakan pada minggu ini, memberikan idea bagaimanakah sistem operasi tersebut akan kelihatan pada komputer riba. Untuk makluman, Tizen telah dikatakan akan dioptimasikan untuk pelbagai jenis saiz skrin, dan ini merupakan kali pertama ia dipertontonkan pada komputer riba.

Buat masa ini, fail pemasangan untuk versi komputer riba masih belum dikeluarkan. Namun, mengikut apa yang kedengaran, ia akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi, membolehkan mereka yang berminat mencubanya pada komputer masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd