Peranti Tizen daripada pihak Samsung sedia dinantikan sejak tahun lepas. Dengan pelbagai ura-ura mengatakan ia akan hadir dalam masa dua tiga bulan lagi, kini pada Tizen Developer Conference yang diadakan di San Fransico, gambar peranti GT-i8800 menjalankan Tizen 2.1 kelihatan.
Melaluinya, selain menjalankan sistem operasi Tizen 2.1, apa yang menariknya adalah dimana ia turut menyertakan beberapa aplikasi popular Samsung, termasuk S-Voice, S-Beam dan sebagainya. Spesifikasi penuh peranti ini tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin GT-i8800 ini adalah memfokuskan kepada para pembangun, seperti salah satu peranti Tizen yang hadir pada tahun lepas.
Tarikh rasmi berkenaan bilakah peranti pertama daripada Samsung menjalankan Tizen akan dijual dan dilancarkan kepada umum masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Mengikut beberapa ura-ura awal, ia dikatakan akan membawakan spesifikasi yang lebih tinggi, dan memandangkan kerjasama mereka dengan Intel dalam membangunkan Tizen, maka mungkin kita akan dapat melihat cip berasaskan Intel digunakan padanya.
Apa pun, ini hanya sekadar spekulasi awal, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Samsung pada suku ketiga tahun ini.