Tizen Store – Perhentian Setempat Untuk Memuat-Turun Aplikasi Tizen Dipertontonkan

Tizen Store – Perhentian Setempat Untuk Memuat-Turun Aplikasi Tizen Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mei 25, 2013 oleh .

TizenSetiap platform mempunyai kedai aplikasi mereka tersendiri, dan pada Tizen Developer Conference yang diadakan, salah satu perkara yang didemonstrasikan adalah kedai aplikasi Tizen, dipanggil sebagai Tizen Store.

Seperti kebanyakkan platform, ia menyertakan kebolehan untuk pengguna melihat aplikasi-aplikasi menarik dan pilihan ramai, selain turut melihatnya mengikut kategori. Memandangkan masih baru lagi, maka pilihan aplikasi agak terhad buat masa ini, dan mungkin akan bertambah dalam dari hari ke hari.

Salah satu kelebihan pada Tizen Store adalah kebolehan untuk melihat aplikasi yang mempunyai promosi atau potongan harga. Untuk tujuan ini, Tizen Store mempunyai sebuah halaman khas yang didedikasikan untuknya.

Peranti Tizen pertama dijangka akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi, dan sementara itu, para pembangun yang berminat, boleh menghantar aplikasi mereka ke Tizen Store untuk disertakan bersama ketika pelancaran kepada umum.


TIPS & ULASAN