Yahoo! Antara Yang Membida Untuk Mendapatkan Hulu

Yahoo! Antara Yang Membida Untuk Mendapatkan Hulu

Diterbitkan pada Mei 25, 2013 oleh .

Yahoo! HuluYahoo! nampaknya agak aktif kembali pada tahun ini dibawah Marissa Mayer, dimana setelah mengumumkan pengambil-alihan Tumblr pada awal minggu ini, kini ia dilaporkan Yahoo! turut membida untuk mendapatkan Hulu.

Bagi yang tidak mengenali Hulu, ia merupakan salah satu laman video, menawarkan pelbagai kandungan eksklusif melaluinya. Sebelum ini, Yahoo! pernah mencuba untuk dapatkan DailyMotion, tetapi gagal, dan kini ia dikatakan mereka membida untuk mendapatkan Hulu, sekaligus mengukuhkan portfolio dalam perkhidmatan video.

Jadi, mungkinkah Yahoo! akan turut mendapatkan Hulu ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN