Selain daripada sokongan Google Translate yang kini diintegrasikan pada Chrome Beta, pihak Google juga turut menambah satu lagi fungsi yang amat berguna, membolehkan pengguna menjimatkan penggunaan data ketika menggunakannya dalam pelayaran web.
Untuk mengaktifkannya, pengguna perlulah ke halaman Setting, dan mengaktifkan melaluinya. Sebaik sahaja anda mengaktifkan, ia akan memperlihatkan sebuah graf, menunjukkan penjimatan data yang dilakukan oleh pengguna sepanjang penggunaannya.
Bagi mereka yang menggunakan pelan data dengan penggunaan bandwidth yang terhad, maka fungsi ini mungkin sesuatu yang amat berguna, sekaligus membolehkan anda melayari lebih banyak halaman berbanding kebiasaannya.
- Muat Turun
- Muat-Turun Google Chrome Beta untuk Android