Cari @ Amanz

Android 4.3 telah dikatakan akan hadir sekitar bulan Jun kelak, dan kini, melalui sebuah acara berkaitan IT di Thailand, platform operasi terbaru daripada Google ditemui dijalankan pada peranti Nexus 4.

Android 4.3 Jelly Bean

Daripada apa yang dilihat, Android 4.3 masih mengekalkan penggunaan nama kod “Jelly Bean”, dan dijangka akan membawakan kemaskini kecil dan menambah-baik beberapa fungsi sedia ada. Salah satu fungsi baru yang ditemui adalah bahagian kamera yang dikemaskini.

Seperti biasa, Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan Android 4.3 buat masa ini, dan apakah yang akan disertakan bersama-sama dengannya masih kekal misteri buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd