Transit On Tour – Pulau Pinang

Transit On Tour – Pulau Pinang

Diterbitkan pada Mei 25, 2013 oleh .

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, hari ini acara Transit-On-Tour telah mengambil tempat di Pulau Pinang, menyaksikan beberapa syarikat dan startup tempatan memperlihatkan produk dan perkhidmatan mereka. Sebanyak lima projek telah dipersembahkan pada Transit-On-Tour Pulau Pinang kali ini.

IMG_0180-1

WordPress Custom Pages: Pembangun berseorangan ini telah mempersembahkan WordPress plugin Custom Pages yang membolehkan pengguna WordPress mencipta mukasurat tertentu dengan mudah melalui fungsi ‘drag & drop’. Pembangunnya mengatakan mereka telah menguji fungsi tersebut dengan beberapa klien dan plugin ini memudahkan urusan menguji antaramuka yang diingini pada WordPress dengan pantas.

IMG_0183-1

Youth-Jam: YouthsToday.com merupakan suatu projek yang telah mendapat banyak pendaftaran terutamanya dikalangan pelajar universiti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Projek ini membantu jenama besar untuk berhubung dan menarik minat belia untuk menjadi pengguna mereka.

IMG_0188-1

Catmoji: Projek yang menfokuskan kepada laman sosial berasaskan kucing ini dimana pengguna berupaya untuk mengemaskini laman sosial tersebut dari perspektif dan perasaan kucing mereka. Projek ini telah mendapat liputan meluas akhir tahun lepas ini sedang mencari dana untuk menaik taraf projek mereka dari (private beta) untuk hadir kepada pengguna umum.

Baca : Catmoji ā€“ Laman Sosial Memfokuskan Gambar Dan Video Kucing

IMG_0192-1

Monkeywee: Projek ini menyenaraikan kedai-kedai makan di Pulau Pinang dengan tujuan untuk memberi cadangan restoran berasaskan lokasi. Menariknya, mereka juga mempunyai fungsi Ask Emma yang berupaya memberikan cadangan lokasi restoran kepada pengguna.

montage_demo

CrowdMontage: Salah satu produk dari pengaturcara Monkeywee, CrowdMontage memfokuskan kepada fungsi memaparkan gambar sewaktu sesuatu acara berjalan dengan klasifikasi # tertentu. Projek ini yang masih tidak dibuka untuk masyarakat umum. Secara amnya, ia berfungsi seumpama TwitterFall dan perbezaan adalah CrowdMontage memfokuskan lebih kepada gambar.

Jadi, yang manakah yang menarik minat anda?


TIPS & ULASAN