Google Akan Memindahkan Data Google Buzz Ke Google Drive

Google Akan Memindahkan Data Google Buzz Ke Google Drive

Diterbitkan pada Mei 25, 2013 oleh .

Google Buzz - DrivePada tahun lepas, Google telah mematikan perkhidmatan sosial mereka, Google Buzz, dan kini melalui emel yang dihantar oleh Google untuk semua pengguna Google Buzz, mereka berkongsi mengatakan data perkongsian di Google Buzz kelak akan dipindahkan ke Drive.

Ia akan dipindahkan ke Google Drive, dan semua pautan Buzz sedia ada akan berfungsi dan membawa ke perkongsian yang asal. Namun sekiranya anda berkongsi dengan menetapkan ia sebagai peribadi dan hanya dikalangan rakan-rakan, maka ia akan dihadkan.

Bagi komen yang ditinggalkan oleh pengguna pula, ia akan dikawal oleh pemilik sesuatu perkongsian itu, dan bukan oleh pengguna itu sendiri.

Google memberikan tempoh sehingga 17 Julai sekiranya pengguna ingin memadamkan keseluruhan perkongsian mereka di Google Buzz sebelum ia dipindahkan ke Drive.

Bagi anda yang ingin menguruskannya, boleh ke halaman profil Google Buzz, dan memadamkannya ataupun memuat-turun data tersebut sebelum ia dipindahkan ke akaun Drive anda.


TIPS & ULASAN