Itsdagram Melangkaui 50,000 Muat-Turun Dalam Masa Seminggu

Itsdagram Melangkaui 50,000 Muat-Turun Dalam Masa Seminggu

Diterbitkan pada Mei 25, 2013 oleh .

Bagi para pengguna Windows Phone, salah satu aplikasi yang dinantikan sekian lama adalah Instagram. Walaupun ia masih tidak dilancarkan, tetapi apabila Itsdagram hadir dengan sokongan untuk berkongsi gambar terus ke Instagram, ia menjadi salah satu aplikasi popular dikalangan pengguna.

Itsdagram

Mengikut pembangunnya, kini, angka muat-turun aplikasi tersebut telah pun melangkaui 50,000, sekaligus menjadikan ia antara aplikasi popular untuk para pengguna Windows Phone pada minggu ini.

Itsdagram ditawarkan dalam dua versi, iaitu versi percuma (yang didatangkan dengan sokongan iklan), dan juga versi berbayar yang bebas iklan. 60% daripada pengguna dikatakan memilih versi berbayar walaupun versi percuma ditawarkan oleh pembangunnya.

Menggunakannya, pengguna boleh memuat-naik gambar ke Instagram, disamping menambah filter serta melihat gambar-gambar daripada yang lain dengan mudah.

Bagi pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turun Itsdagram dan berinteraksi dengan rakan-rakan di Instagram hari ini.

Muat-Turun Itsdagram Untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN