Cari @ Amanz

HTC 1998HTC telah mengeluarkan telefon pintar dan peranti dengan skrin sentuh, jauh sebelum mengeluarkan peranti Android lagi. Malah, mereka juga yang pertama hadir dengan telefon pintar Android ketika Google mengumumkannya dulu.

Kini, melalui sebuah video ringkas, HTC mempertontonkan beberapa pencapaian mereka, bermula daripada tahun 1998, selain turut hadir dengan telefon pintar 3G Windows Mobile pertama, serta telefon pintar Android 4G yang pertama.

Pada tahun ini, mereka telah melancarkan telefon pintar HTC One, yang mana membawakan rekabentuk peranti yang amat menarik, dan turut dikatakan sebagai telefon pintar Android terbaik untuk tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd