Cari @ Amanz

Tank (Battle City) Membawakan Permainan Nostalgia Ke Peranti Android

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi mereka yang pernah memainkan permainan konsol sekitar tahun 90-an, mungkin mengenali salah satu permainan popular ketika itu, iaitu Battle City. Menariknya, dikalangan beberapa permainan klasik yang ditawarkan untuk Android, salah satunya adalah permainan berasaskan Battle City, dinamakan sebagai Tank.

Tank (Battle City)

Sama seperti permainan asal, para pemain mengawal satu kereta kebal, dan perlu melindungi markas daripada diceroboh oleh pihak lawan. Beberapa tahap permainan disediakan, membolehkan para pemain mara dari satu tahap ke yang lain dengan mudah. Namun, satu kekurangan, sokongan multi-player tidak disediakan pada versi permainan Tank untuk Android ini.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Play Store hari ini, dan memainkannya pada peranti anda.

Untuk pengguna iOS pula, boleh mencuba versi yang lebih kurang sama, dinamakan sebagai Battle City.


Komen ()