Pada hari ini, beberapa pengeluar telah pun sedia menawarkan tablet mereka yang dijana menggunakan cip Intel, dan nampaknya, tidak lama lagi, Samsung turut sama akan hadir dengan Galaxy Tab 3 yang menggunakan cip sama, berasaskan kepada cip Clover Trail.
Perkara ini, semestinya sekaligus menguntungkan pihak Intel, dan memudahkan lagi mereka memasarkan cip mereka kepada pengeluar yang lain, apatah lagi dengan kapasiti Samsung dalam memasarkan produk mereka secara meluas pada hari ini.
Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dikatakan tablet ini kelak akan membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dan dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.
Pihak Intel sendiri dijangka akan mengumumkan cip pemprosesan versi terbaru dibawah nama kod “Haswell” pada bulan hadapan yang mana akan membawakan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding sekarang.
Selain dari segi pengeluaran perkakasan, pihak Intel dan juga Samsung turut sama bekerjasama dalam membangunkan sistem operasi Tizen, dimana paling terkini Tizen 2.1 telah pun diperlihatkan, dan Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Tizen pada tahun ini untuk para pengguna umum.