HP Envy Rove 20 – Peranti Hibrid Tablet Dan Desktop Daripada HP

HP Envy Rove 20 – Peranti Hibrid Tablet Dan Desktop Daripada HP

Diterbitkan pada Mei 26, 2013 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat komputer Asus Transformer AIO yang boleh diubah kepada tablet bersaiz sekitar 18-inci. Kini, HP pula hadir dengan komputer yang lebih kurang sama dengannya, dipanggil sebagai HP Envy Rove 20.

HP Envy Rove 20

Adakah kita memerlukan peranti hibrid desktop dan tablet?Seperti pada namanya, ia membawakan skrin bersaiz 20-inci dengan sokongan skrin sentuh, selain dilengkapi dengan ruangan storan hibrid sehingga 1TB.

Peranti yang boleh dikatakan sebagai hibrid antara tablet dan desktop ini, didatangkan dengan papan kekunci dan juga tetikus tersendiri, membolehkan pengguna menggunakannya sebagai komputer mereka, ataupun memindahkan ia ke mana-mana dengan mudah, serta menggunakan ia sebagai tablet bersama-sama yang lain.

HP Envy Rove 20

HP Envy Rove 20 ini dilengkapi cip Intel Haswell dan dikatakan akan mula dipasarkan bermula bulan Julai kelak.


TIPS & ULASAN