DiGi Dijangka Memperkenalkan Rangkaian 4G LTE Pada Bulan Hadapan

DiGi Dijangka Memperkenalkan Rangkaian 4G LTE Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 26, 2013 oleh .

Maxis telah memulakan tahun ini dengan memperkenalkan sokongan 4G LTE, diikuti oleh Celcom. Kini, mengikut apa yang dikongsikan oleh pihak DiGi, mereka dijangka akan mengumumkannya pada bulan hadapan, dan menyertai dua lagi syarikat telekomunikasi lain dalam menawarkan perkhidmatan mereka.

Menurut DiGi, mereka telah menaik-taraf lebih 3,200 tapak (60% daripada rangkaian mereka), disamping memperluaskan rangkaian 3G mereka kepada lebih kurang 67% kawasan berpenduduk di Malaysia.

DiGi mengatakan mereka akan menawarkan rangkaian LTE dalam dua variasi, iaitu melalui spektrum 1800MHz dan juga 2600MHz. Ia masih tidak diketahui sama ada ketika pengenalannya kelak mereka akan menyokong penggunaan pada peranti mudah-alih ataupun khusus untuk modem sahaja.

Buat masa ini, hanya Maxis yang menyokongnya pada peranti mudah-alih, sementara Celcom yang masih dalam proses memperluaskan ia kepada peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN