Cari @ Amanz

Pada platform Android, terdapat pelbagai pilihan pelayar web, dimana antaranya adalah Opera, Chrome dan juga Firefox. Terkini, ia turut disertai oleh pembangun GO Launcher, melalui pelayar web baru mereka dinamakan sebagai Next Browser.

Next Browser

Next Browser membawakan antaramuka yang amat kemas, dan dilengkapi dengan sokongan tab, speed dial, dan sokongan sync bookmark. Ia juga didatangkan dengan kebolehan menambah plugin, sekaligus menjadikan pelayar web tersebut lebih interaktif berbanding yang lain. Pelayar web ini turut dilengkapi dengan sokongan carian suara terbina, memudahkan lagi proses carian dan input.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru, boleh memuat-turun Next Browser secara percuma daripada Google Play Store, dan mula menggunakan pada peranti Android anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd