Cari @ Amanz

Yahoo! HuluLanjutan daripada laporan sebelum ini, kini ia diketahui yang mana Yahoo! meletakkan bidaan mereka antara $600 juta hingga $800 juta untuk mendapatkan Hulu, salah satu laman dengan kandungan video eksklusif melaluinya.

Ia dikatakan, Yahoo! meletakkan harga bidaan berbeza-beza mengikut terma mereka, termasuk bergantung kepada jangka masa perlesenan kandungan video pada laman tersebut.

Berbanding dengan Google, boleh dikatakan pihak Yahoo! masih dibelakang dari segi tawaran video mereka. Walaupun Flickr menawarkan fungsi hos video, namun ia lebih digunakan pengguna untuk berkongsi gambar rakaman mereka bersama yang lain.

Selain Yahoo! beberapa nama lain turut membida untuk mendapatkan Hulu, dan ia tidak lagi diketahui bilakah kata putus untuknya akan diumumkan.

Mungkinkah sekiranya Yahoo! mengambil-alih, kita akan dapat melihat perkhidmatan Hulu dibuka kepada semua pengguna seluruh dunia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd