Hipstamatic Oggl Kini Sedia Digunakan Oleh Semua Pengguna iOS

Hipstamatic Oggl Kini Sedia Digunakan Oleh Semua Pengguna iOS

Diterbitkan pada Mei 27, 2013 oleh .

Ketika Nokia mengumumkan peranti Lumia 925, salah satu aplikasi yang turut diumumkan untuk Windows Phone adalah Oggl. Walaupun ia hanya akan ditawarkan untuk platform Windows Phone sekitar bulan Jun kelak, lebih awal daripadanya, pengguna iOS kini telah boleh menggunakannya pada peranti mereka.

Hipstamatic Oggl

Aplikasi ini sebelum ini sedia ditawarkan untuk pengguna iOS, tetapi memerlukan kod jemputan. Melalui kemaskini terbaru, ia tidak lagi diperlukan, membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya. Gambar yang ingin dikongsikan juga turut boleh dihantar ke akaun sosial lain, termasuk Twitter, Facebook, Flickr dan Instagram.

Oggl merupakan evolusi daripada Hipstamatic, membolehkan para pengguna merakamkan gambar dan menetapkan kesan efek yang ingin digunakan sebelum merakamkan gambar, serta beberapa fungsi lain. Ia turut dikatakan sebagai gabungan Instagram dan juga 500px dalam satu aplikasi.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun Oggl hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda, disamping memberikan maklumbalas berkenaan dengannya.

Muat-Turun Oggle untuk iOS


TIPS & ULASAN