Cari @ Amanz

Google DriveJikalau sebelum ini, anda perlu menggunakan beberapa aplikasi seperti CamScanner untuk mengimbas dokumen melalui peranti Android, kini mungkin kerja anda lebih mudah melalui aplikasi Google Drive.

Melalui kemaskini terbaru Google Drive untuk Android, pihak Google turut menambah sokongan untuk mengimbas dokumen dan menyimpannya pada Drive. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu pilih “Add New” dan kemudiannya memilih “Scan”.

Google Drive Scan

Kemudian aplikasi kamera akan dibuka untuk membolehkan anda merakamkan gambar, dan secara automatik ia akan mengubah paparan tersebut ke bentuk dokumen yang di imbas.

Buat masa ini, tujuan utamanya boleh dikatakan untuk mengimbas dokumen-dokumen kecil seperti resit dan sebagainya.

Dan menariknya pada sokongan ini adalah dimana ia disimpan dalam bentuk PDF, dan pada masa yang sama membolehkan para pengguna membuat carian teks pada sesuatu dokumen yang diimbas dengan mudah melalui teknologi OCR (Optical Character Recognition).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd