Maxis eKelas Bersedia Untuk Ditawarkan Kepada Sekolah Seluruh Negara Bermula Jun 2013

Maxis eKelas Bersedia Untuk Ditawarkan Kepada Sekolah Seluruh Negara Bermula Jun 2013

Diterbitkan pada Mei 27, 2013 oleh .

Maxis eKelas merupakan salah satu program interaktif memfokuskan kepada pelajar tingkatan satu hingga tiga dalam membantu mereka dalam subjek Sains dan Matematik. Setelah dalam fasa ujian melibatkan 30 buah sekolah sejak tahun lepas, kini ia bersedia untuk lebih 2,300 sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara secara percuma.

Maxis eKelas

Program Maxis eKelas merupakan kerjasama antara Maxis dan juga KPM yang telah dimeterai pada tahun 2011. Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT untuk pembelajaran kreatif.

Selain daripada ditawarkan secara percuma disekolah, pengguna Maxis dan Hotlink yang berminat turut boleh melanggannya pada harga serendah RM25 sebulan, dan mengikuti pembelajaran berkaitan Sains (Fizik, Kimia dan Biologi) dan juga Matematik melalui laman Maxis eKelas.

Selain Maxis, pihak Yes juga telah mengumumkan mengenai penggunaan Chromebook di sekolah pada minggu lepas, dan terdapat beberapa perkhidmatan lain yang turut menawarkan pembelajaran melalui talian.

Versi Bahasa Malaysia untuk Maxis eKelas dijangka akan hadir sekitar tahun hadapan – 2014.


TIPS & ULASAN