Chrome Bakal Menyertakan Sokongan Untuk Reset Tetapan Pelayar Web

Chrome Bakal Menyertakan Sokongan Untuk Reset Tetapan Pelayar Web

Diterbitkan pada Mei 27, 2013 oleh .

ChromiumPelayar web telah menjadi salah satu medium kegunaan harian utama pada masa kini, dan selain menambah pelbagai sokongan sekuriti, kini melalui versi Chromium, ia kelihatan Google turut sama menambah fungsi untuk menetapkan semula pelayar web mereka kepada versi asal.

Perkara ini mungkin salah satu fungsi yang amat berguna, apatah lagi sekiranya ingin mengembalikan semula segala tetapan kepada keadaan asal, terutamanya selepas diserang oleh malware.

Chromium Reset

Factory Reset pelayar web andaMelalui fungsi tersebut yang dinamakan sebagai “Reset Profile Settings”, ia membolehkan pengguna memilih apa yang ingin ditetapkan semula, dan membuat perubahan dengan segera pada pelayar web mereka.

Ia masih tidak diketahui bilakah fungsi ini akan hadir ke Chrome, memandangkan masih lagi pada peringkat ujian pada Chromium.


TIPS & ULASAN