Samsung Menjadualkan Acara Khas Pada 20 Jun – Peranti Galaxy Dan ATIV Baru?

Samsung Menjadualkan Acara Khas Pada 20 Jun – Peranti Galaxy Dan ATIV Baru?

Diterbitkan pada Mei 27, 2013 oleh .

Samsung Primere 2013Samsung Galaxy S4 telah pun menjadi salah satu peranti Android dengan jualan mencapai 10 juta dalam masa kurang sebulan, dan kini nampaknya Samsung telah bersedia untuk memperkenalkan beberapa peranti lain melalui sebuah acara khas dinamakan sebagai Samsung Premiere 2013 dijadualkan pada 20 Jun kelak.

Daripada imej yang disediakan oleh pihak Samsung melalui laman mereka, ia kelihatan mereka akan memperlihatkan beberapa peranti, termasuk peranti Galaxy (berasaskan Android) dan juga ATIV (berasaskan Windows Phone dan Windows).

Samsung Premiere 2013

Mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, ia dikatakan Samsung akan hadir dengan peranti Galaxy S4 Mini, Galaxy S4 Zoom, Galaxy S4 Active dan beberapa tablet lain. Disamping itu, boleh dikatakan pihak Samsung masih tidak memfokuskan kepada keluarga Windows Phone buat masa ini, selain daripada ATIV S yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Acara khas Samsung ini akan ditayangkan secara langsung melalui YouTube pada tarikh 20 Jun kelak.

Jadi, apakah yang anda jangka akan diumumkan pada tarikh tersebut? Mungkinkah kita turut sama akan melihat peranti berasaskan Windows Blue pada tarikh tersebut?


TIPS & ULASAN