Cari @ Amanz

Mojang sedia popular dengan permainan Minecraft mereka, yang mana masih aktif dimainkan para pemain seluruh dunia sehingga hari ini. Kini, selain daripada Minecraft, Mojang juga akan menambah permainan baru dibawah jenama mereka, dikenali sebagai Scrolls.

Scrolls akan membawakan permainan berbentuk trading card dalam versi digital, dan akan membolehkan para pemain bersaing dengan yang lain, lebih kurang seperti permainan trading card versi fizikal.

Permainan ini akan ditawarkan untuk pengguna Windows dan OS X pada harga $20, dan versi betanya boleh didapati bermula 3 Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd