Kesan Animasi Pada Ubuntu Touch Diperlihatkan

Kesan Animasi Pada Ubuntu Touch Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 28, 2013 oleh .

Ubuntu Touch boleh dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan, dan perlu melalui pelbagai fasa sebelum peranti yang menggunakannya hadir pada penghujung tahun ini. Dalam memperlihatkan sedikit perkembangan mengenainya, kini salah satu video konsep ringkas dimuat-naik ke YouTube, memperlihatkan kesan animasi pada platform operasi tersebut.

Beberapa efek animasi diperlihatkan pada video tersebut, yang mana berkemungkinan digunakan pada versi akhir platform tersebut kelak. Daripada apa yang kelihatan, ia tampak agak menarik, tetapi kesannya terhadap kadar lengah masa tidak diketahui lagi.

Pembangun Ubuntu Touch dijangka akan memperkenalkan versi Ubuntu Touch yang “boleh digunakan” dalam masa beberapa hari lagi, dan mungkin kita boleh melihat beberapa perkembangan semasa padanya kelak.


TIPS & ULASAN