PayPal Malaysia Menghentikan Sokongan “Personal Payment” Bermula 4 Jun

PayPal Malaysia Menghentikan Sokongan “Personal Payment” Bermula 4 Jun

Diterbitkan pada Mei 28, 2013 oleh .

PaypalPayPal merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran dan penerimaan dana yang popular digunakan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Kini, dengan perubahan dan fokus pada strategi perniagaan mereka, pihak PayPal mengumumkan perkhidmatan Personal Payments akan ditamatkan untuk pengguna tempatan bermula 4 Jun 2013 kelak.

Personal Payments merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PayPal, membolehkan penggunanya menghantarkan wang kepada rakan-rakan, saudara-mara atau sesiapa juga bukan untuk tujuan keuntungan. Ia berbeza dengan perkhidmatan Purchase Payments yang disediakan PayPal untuk tujuan pembelian atas-talian selama ini.

Dengan pengumuman ini juga, bermula 4 Jun 2013 kelak, pengguna tempatan tidak boleh menghantar sebarang dana dalam bentuk Personal Payments, sebaliknya masih boleh menerima dana daripada pengguna luar Malaysia dalam bentuk tersebut.


TIPS & ULASAN