Cari @ Amanz

Foxit Mobile PDF merupakan salah satu aplikasi alternatif untuk mengakses dokumen berbentuk PDF, dan kini mereka turut hadir dengan sebuah versi khas untuk Windows 8 yang membawakan elemen-elemen antaramuka Metro melaluinya.

Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh membaca dokumen PDF pada peranti mereka, disamping menambah beberapa annotation pada dokumen untuk rujukan.

Foxit Mobile PDF

Memandangkan Windows 8 sendiri didatangkan dengan pembaca PDF terbina, ia tidak diketahui sama ada Foxit Mobile PDF ini akan mendapat sambutan ataupun sebaliknya. Disamping itu, pada desktop, kami masih selesa menggunakan Adobe Reader, dan tidak begitu selesa dengan menggunakan aplikasi yang mengambil skrin penuh untuk tujuan pembacaan.

Apa pun, bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Foxit Mobile PDF secara percuma daripada Windows Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd