LG Mengumumkan Nexus 4 Putih

LG Mengumumkan Nexus 4 Putih

Diterbitkan pada Mei 28, 2013 oleh .

Setelah pelbagai laporan sebelum ini, hari ini pihak LG telah pun mengumumkan secara rasmi peranti Nexus 4 berwarna putih, dan mengatakan ia akan ditawarkan di beberapa pasaran tidak lama lagi.

LG Nexus Putih

Seperti variasi sebelum ini, ia mengekalkan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×768 pixel, cip pemprosesan Snapdragon S4 Pro dan juga memori sebanyak 2GB RAM. Dari segi sistem operasi, ia masih kekal menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak. LG sekadar mengatakan ia akan ditawarkan di beberapa negara Asia secara berperingkat.


TIPS & ULASAN