BuzzMe – Penyedia Perkhidmatan Talian Prabayar Terbaru Di Malaysia

BuzzMe – Penyedia Perkhidmatan Talian Prabayar Terbaru Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 28, 2013 oleh .

Dengan beberapa syarikat telekomunikasi sedia ada di Malaysia, kini ia turut disertai oleh Buzz Me, yang mana menawarkan perkhidmatan membuat panggilan, menghantar SMS dan juga penggunaan internet mudah-alih berasaskan caj penggunaan.

BuzzMe

Buzz Me mengatakan kelebihan mereka sebagai antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberikan ganjaran kepada pelanggan mereka. Untuk setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para pengguna Buzz Me, mereka akan menerima ganjaran sehingga 20% yang mana boleh digunakan pada laman M8 untuk membeli peranti mudah-alih dan sebagainya.

Dari laman Buzz Me sendiri, kelihatan mereka telah sedia mempunyai senarai pengedar yang banyak, dan Buzz Me merupakan salah satu MVNO yang menggunakan rangkaian UMobile. Para pengguna yang mendapatkan pakej prabayar Buzz Me, akan menggunakan nombor telefon dengan pemulaan 011-34, sementara dari segi caj pula pada kada 13 sen untuk 30 saat (panggilan), 10 sen untuk satu SMS, dan 5 sen/MB untuk data internet.

BuzzMe

Salah satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah kerana tiada langganan pakej data yang ditawarkan oleh pihak Buzz Me buat masa ini, yang mana akan membuatkan ramai pengguna muda yang menggunakan internet pada peranti mudah-alih mereka ragu-ragu untuk memilihnya.


TIPS & ULASAN