Opera Mail Hadir Sebagai Produk Berasingan Untuk Pengguna Windows Dan Mac

Opera Mail Hadir Sebagai Produk Berasingan Untuk Pengguna Windows Dan Mac

Diterbitkan pada Mei 29, 2013 oleh .

Selain daripada pengenalan Opera Next yang dijana menggunakan enjin Chromium, pihak Opera juga turut sama memperkenalkan klien emel Opera, iaitu Opera Mail sebagai produk yang berasingan.

Opera Mail

Opera Mail sebelum ini didatangkan terbina pada pelayar web mereka, memudahkan proses menyemak emel oleh para pengguna Opera.

Melalui Opera Mail yang diperkenalkan ini, ia beroperasi dengan lancar, dan tampak ringan berbanding beberapa klien emel desktop sedia ada di pasaran. Melaluinya, pengguna boleh dengan mudah menyemak emel, disamping mengasingkan emel dengan dokumen, gambar, video, dan juga fail berbentuk audio.

Bagi para pengguna Windows dan Mac, anda boleh memuat-turun Opera Mail hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer anda untuk tujuan pengurusan emel.

Muat-Turun Opera Mail untuk Windows dan Mac


TIPS & ULASAN