Komputer Riba Asus U38DT Kini Ditawarkan Di Malaysia

Komputer Riba Asus U38DT Kini Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 29, 2013 oleh .

Asus Malaysia sedia menawarkan beberapa komputer riba untuk pasaran tempatan, dan terkini mereka menambah sebuah lagi komputer riba terbaru yang dijana menggunakan cip pemprosesan AMD Trinity A8-455M, dikenali sebagai Asus U38DT.

ASUS U38DT

Asus U38DT ini hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci, dilengkapi kad grafik AMD Radeon HD 8550M, 2GB RAM, 500GB HDD, dan juga turut hadir dengan skongan teknologi ASUS SonicMaster. Dari segi sistem operasi, ia dijana menggunakan Windows 8 Pro, selain mana pengguna juga boleh memilih beberapa edisi yang lain.

Di Malaysia, komputer riba ini ditawarkan pada harga RM2199. Untuk masa yang terhad juga, pihak Asus Malaysia menyertakan external ODD bernilai RM119 dengan pembelian komputer riba ini.


TIPS & ULASAN