Aplikasi “Battery Guru” Daripada Qualcomm Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi “Battery Guru” Daripada Qualcomm Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Mei 29, 2013 oleh .

Pada telefon pintar hari ini, salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna seluruh dunia adalah bateri yang cepat kehabisan berbanding telefon bimbit sebelum ini. Beberapa aplikasi menawarkan sokongan mengawal penggunaan aplikasi untuk menjimatkan bateri, dan terkini adalah daripada Qualcomm.

Battery Guru

Seperti semua sedia maklum, Qualcomm sedia mengeluarkan cip pemprosesan Snapdragon mereka yang digunakan pada pelbagai telefon pintar Android hari ini. Sebaik sahaja memasang aplikasi ini, ia mempelajari bagaimana anda menggunakan peranti anda, dimanakah anda menggunakannya dan sebagainya, seterusnya mengoptimasikan penggunaan data dan prestasi peranti mengikut penggunaan anda.

Battery Guru ditawarkan secara percuma untuk pengguna peranti Android berasaskan cip Snapdragon, dan bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Battery Guru untuk Android


TIPS & ULASAN