Tim Cook Mengesahkan iOS Versi Baru Akan Diperlihatkan Pada WWDC

Tim Cook Mengesahkan iOS Versi Baru Akan Diperlihatkan Pada WWDC

Diterbitkan pada Mei 29, 2013 oleh .

Tim CookDesas-desus mengenai iOS7 yang akan diperkenalkan pada WWDC telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini Tim Cook mengesahkan perkara tersebut. Seperti semua sedia maklum, Jony Ive dikatakan sebagai tulang belakang dalam perubahan pada platform tersebut.

Buat masa ini, tiada sebarang perkara berkaitan dengan iOS7 yang dikatakan oleh Tim Cook. Namun, mengikut pelbagai ura-ura dan spekulasi awal, ia dikatakan iOS 7 akan membawakan rekaan mendatar serta membuang pelbagai elemen yang tidak digunakan.

Selain iOS, versi baru OS X juga akan diperlihatkan pada acara tahunan Apple yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 Jun kelak.


TIPS & ULASAN