Hari ini, pihak Sony Entertainment Network telah pun melancarkan kedai atas-talian mereka yang diberikan nafas baru, disamping pada masa yang sama membolehkan para pengguna untuk menerima ganjaran untuk waktu yang terhad.
Kedai atas-talian ini memfokuskan kepada para gamer yang ingin mendapatkan pelbagai pemainan dan kandungan baru, terus melalui web, disamping memudahkan mereka mendapatkannya berbanding kebiasaan. Pada masa yang sama juga, pengguna boleh menetapkan untuk memuat-turun kandungan terus ke PlayStation 3 atau PS Vita, selepas membuat pembelian melaluinya.
Bersempena dengan pelancarannya, pihak Sony turut menawarkan ganjaran untuk pembelian, membolehkan pengguna mendapatkan PSN Prepaid Value antara RM4 hingga RM12, bergantung kepada nilai perbelanjaan anda di Sony Entertainment Network Online Store. Untuk tujuan ini, Sony mengehadkan tawaran hanya sehingga 4 Jun 2013.