Cari @ Amanz

KakaoPada bulan ini, pihak UMobile telah mengumumkan kerjasama dengan pihak KakaoTalk dalam memperluaskan penggunaan aplikasi permesejan tersebut di Malaysia, dan kini ia dilaporkan aplikasi permesejan tersebut turut sama akan hadir dalam versi yang dioptimasikan untuk PC pada bulan Jun ini.

KakaoTalk buat masa ini sedia ditawarkan untuk platform Android, dan iOS, membolehkan para pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain serta didatangkan dengan beberapa fungsi bersama-sama dengannya.

Selain daripada KakaoTalk, pada tahun ini juga beberapa aplikasi permesejan telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia, termasuk LINE dan juga WeChat, disamping Viber yang turut mengumumkan versi PC baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd