Tim Cook : Apple Masih Mempunyai Beberapa Teknologi Menarik Secara Dalaman

Tim Cook : Apple Masih Mempunyai Beberapa Teknologi Menarik Secara Dalaman

Diterbitkan pada Mei 29, 2013 oleh .

Salah satu perkara yang ramai sedia maklum, adalah dimana kebanyakkan syarikat berasaskan teknologi sentiasa berinovasi, dan mempunyai produk rahsia yang digunakan secara dalaman.

Tim Cook

Bercakap pada D11, Tim Cook mengatakan mereka masih mempunyai beberapa teknologi dan inovasi yang bakal mengubah pelbagai perkara, dan ia masih tidak diperkenalkan buat masa ini. Sama ada ia akan hadir pada WWDC dua minggu lagi ataupun tidak, tetap menjadi persoalan.

Salah satu perkara yang tertanya-tanya oleh ramai pihak adalah berkenaan apakah Apple telah habis dengan inovasi mereka, apatah lagi dengan mereka yang masih senyap tanpa sebarang pengumuman baru untuk tahun ini.

Antara perkara yang diperkatakan ramai adalah berkenaan dengan jam tangan pintar daripada Apple. Namun, mengikut beberapa ura-ura awal ia dikatakan ditangguhkan ke 2014.

Tim Cook juga turut mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan iOS dan OS X versi baru pada WWDC 2013 yang akan diadakan dalam dua minggu lagi.


TIPS & ULASAN