Cari @ Amanz

Yes4G telah sedia menawarkan Chromebook di Malaysia bermula minggu lepas, iaitu Samsung 4G Chromebook, dan turut ditawarkan melalui pakej telekomunikasi mereka. Dan untuk para pengguna Chromebook mahupun pelayar web Chrome, kini pihak Yes berkongsi mengatakan extension tidak lama lagi.

Yes Life sedia ditawarkan dalam bentuk versi web, selain aplikasi Android dan iOS, membolehkan pengguna untuk membuat dan menerima panggilan, menerima dan menghantar SMS, dan menyemak emel, terus melalui satu halaman setempat.

Dengan adanya extension Chrome, ia akan memudahkan para pengguna untuk mengakses ia pada Chromebook ataupun pada pelayar web mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh rasmi berkenaan bilakah ia akan hadir kepada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd