Carian
Opera Memperkenalkan Tiga Saluran Pembangunan Pelayar Web – Seperti Chrome
May 30, 2013 Aman

Mozilla dan juga Google sedia menawarkan beberapa saluran pembangunan untuk pelayar web mereka bertujuan untuk menjadikan pembangunan lebih pantas disamping hadir dengan beberapa fungsi baru. Kini, Opera turut sama mengikut jejak langkah kedua-duanya, dan turut sama memperkenalkan tiga saluran pembangunan untuk pelayar web mereka.

Opera - Dev - Next

Daripada apa yang dikongsikan pihak Opera, mereka akan hadir dengan Opera Developer (kurang stabil, seumpama Alpha), Opera Next (agak stabil, seumpama beta), dan Opera (versi akhir dan stabil).

Dengan mengambil langkah pembangunan seumpamanya, Opera akan kelak hadir dengan versi baru yang lebih pantas berbanding sebelum ini. Tempoh masa yang akan diambil antara setiap versi tidak diumumkan pihak Opera, tetapi memandangkan mereka membangunkannya berasaskan kepada Chromium, maka mungkin ia akan mengikut tempoh enam minggu, sama seperti Google Chrome.

Pihak Opera juga turut menjanjikan yang mana mereka akan turut menawarkan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengan setiap versi barunya kelak.

Komen