Google Mengemaskini GMail – Memudahkan Lagi Pengurusan Emel

Google Mengemaskini GMail – Memudahkan Lagi Pengurusan Emel

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh .

Emel boleh dikatakan salah satu medium komunikasi utama dikalangan ramai pengguna, terutamnya didalam sesuatu organisasi. Hari ini, Google memperkenalkan kemaskini kepada GMail, membawakan fungsi untuk memudahkan pengguna untuk menguruskan emel mengikut sesuatu kategori dengan mudah.

GMail Desktop

Melalui paparan GMail baru ini, para pengguna akan dipaparkan dengan beberapa kategori dalam bentuk tab, dan setiap emel akan dikategorikan secara automatik. Sebagai contoh, setiap emel daripada Twitter, Facebook, FourSquare dan beberapa laman sosial akan memasuki tab Social, sekaligus memudahkan pengguna menguruskannya melalui satu tab. Beberapa tab lain yang disediakan adalah termasuk tab untuk promosi, Updates (bil semasa, dan lain-lain), Forum, dan juga tab utama yang memudahkan anda memfokuskan kepada emel utama.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, pihak Google turut sama mengumumkan yang mana kemaskini untuk aplikasi Android dan juga iOS akan hadir membawakan fungsi yang sama.

Semua pengguna GMail akan menerima kemaskini ini secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.


TIPS & ULASAN