Cari @ Amanz

Twitter sedia menyediakan sokongan untuk mengesahkan sesuatu akaun Twitter itu rasmi ataupun sebaliknya, dan kini Facebook turut sama hadir dengan fungsi lebih kurang sama untuk Facebook Pages dan juga profil Facebook.

Facebook Verified

Melaluinya, Facebook memaparkan sebuah tanda berwarna biru bersebelahan dengan nama pengguna, membolehkan untuk mengetahui sama ada ia akaun rasmi ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun, pengguna ataupun organisasi tidak boleh memohonnya, dan ia mungkin Facebook mengenal-pasti sesuatu akaun itu rasmi dan yang benar secara rawak dan automatik.

Perkara ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengelak daripada mengikuti akaun-akaun palsu terutamanya akaun palsu untuk Facebook Pages, dan memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat daripada seseorang yang diikuti mereka.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan sokongan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd