Carian
Info Baru Windows 8.1 Tertiris – Akan Membawakan Butang Start Dan Sokongan Boot Ke Desktop
May 30, 2013 Aman

Sejak Windows 8 dilancarkan, salah satu perkara yang hangat dibincangkan ramai adalah ketiadaan butang Start. Walaupun ramai yang sudah membiasakan diri setelah ketiadaan butang Start, kini dilihat Windows 8.1 akan membawakannya kembali untuk para pengguna.

Windows 8.1 - Start

Perkara ini dikongsikan melalui beberapa paparan antaramuka baru daripada WinSuperSite. Selain butang Start, ia juga kelihatan pengguna boleh menggunakan gambar latar pada halaman Start utama, dan memudahkan mereka menyelarikan paparan latar dengan desktop mereka.

Dan bagi mereka yang tidak mengemarkan halaman Start yang dibawakan pada Windows 8, mereka kini boleh memilih pilihan untuk boot terus ke desktop, sekaligus memudahkan mereka mengakses bahagian deskop dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Windows Blue - Start Skrin

Lebih maklumat berkenaan Windows 8.1 dijangka akan dikongsikan pihak Microsoft pada bulan Jun ini, dengan versi pembangunan pertama yang akan dilancarkan secara rasmi kepada umum pada penghujung Jun kelak.

Komen