Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Samsung untuk mengadakan sebuah acara media khas pada 20 Jun kelak, ramai telah membuat spekulasi dimana variasi peranti Samsung Galaxy S4 akan hadir, dan antaranya adalah Galaxy S4 Active dan juga Galaxy S4 Zoom.

Gambar peranti Galaxy S4 Active sedia tertiris sebelum ini, dan mengikut info yang tertiris hari ini, peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2600mAh dan dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Galaxy S4 Active

Untuk Galaxy S4 Zoom pula, ia dikatakan akan hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan 540×960 pixel, kamera belakang 16-megapixel dengan zoom optikal sehingga 10x, kamera hadapan 1.9-megapixel, bateri berkapasiti 1900mAh dan dijana menggunakan Android Jelly Bean.

Untuk makluman, Galaxy S4 Active memfokuskan kepada daya tahan dan kalis air, manakala Galaxy S4 Zoom pula memfokuskan kepada sokongan kamera pada peranti.

Apa pun, spesifikasi akhir peranti kelak mungkin diumumkan oleh Samsung pada acara 20 Jun kelak. Selain kedua-dua peranti ini, Samsung juga dijangka akan hadir dengan Samsung Galaxy S4 Mini pada acara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd