Carian
Maxis Mengumumkan Perubahan Pengurusan – Kembali Mencari CEO
May 30, 2013 Aman

MaxisBermula 1 Julai 2013 kelak, sepatutnya Maxis akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif baru, iaitu Johan Dennelind. Namun kini Maxis berkongsi perubahan, dan disebabkan beberapa “hal peribadi dan keluarga”, beliau tidak dapat menyertai Maxis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk syarikat telekomunikasi tersebut.

Sementara mencari calon baru sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) untuk Maxis, syarikat telekomunikasi tersebut akan diterajui oleh Suren (Ketua Pegawai Operasi Bersama) dan juga Nasution Mohammed (Ketua Pegawai Kewangan).

Sebelum ini, bekas CEO Maxis iaitu Sandip Das telah pun meninggalkan jawatan beliau pada bulan April. Buat masa ini siapakah antara calon baru yang akan menerajui syarikat tersebut masih tidak diketahui lagi.

Gambar : Sandip Das, bekas CEO Maxis.

Komen