Huawei Ascend Mate Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1599

Huawei Ascend Mate Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1599

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh .

Hari ini, Huawei Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar terbaru dan paling besar di dunia, iaitu Huawei Ascend Mate yang membawakan skrin bersaiz 6.1-inci bersama-sama dengannya.

Huawei Ascend Mate

Dari segi spesifikasi, Huawei Ascend Mate membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, bateri berkapasiti 4050mAh, memori sebanyak 2GB RAM, serta kamera 8-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka Emotion UI bersama0sama dengannya.

Huawei Ascend

Selain daripada Ascend Mate, telefon pintar lain yang turut diperkenalkan adalah Huawei Ascend G510, yang mana membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip dwi-teras 1.2GHz, bateri berkapasiti 1750mAh, dan juga kamera 5-megapixel. Ia turut sama dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka Emotion UI.

Huawei Ascend G510 pula ditawarkan pada harga RM699 di Malaysia.


TIPS & ULASAN