Motorola Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Moto X Menjelang Oktober Ini

Diterbitkan pada Mei 30, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Moto-XPelbagai desas-desus berkaitan dengan peranti Moto X daripada Motorola telah kedengaran sebelum ini, dan kini pihak Motorola mengesahkan perkara tersebut, dan mengatakan ia akan diperkenalkan kepada umum menjelang bulan Oktober kelak.

Daripada apa yang diketahui, peranti tersebut akan menjadi telefon pintar pertama yang dibina di Amerika Syarikat, walaupun cip pemprosesan dan juga skrin hadir daripada Taiwan dan juga Korea.

Spesifikasi berkaitan dengan Moto X ini masih kekal misteri buat masa ini, dan dikatakan sensor akan diintegrasikan pada skrin untuk membolehkan peranti tersebut dioptimasikan untuk penggunaan seseorang.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Motorola Mobility yang kini dimiliki oleh Google.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami