Samsung Galaxy S4 Versi LTE Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 30, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para pengguna yang ingin mendapatkan Samsung Galaxy S4 versi LTE, kini kami mendapat maklumat awal dimana ia dijangka akan ditawarkan di Malaysia bermula 3 Jun kelak, dan akan eksklusif untuk syarikat telekomunikasi selama dua minggu sebelum menawarkannya melalui pengedar yang lain.

Samsung Galaxy S4

SenHeng juga bakal menawarkan Galaxy S4 LTE untuk para pengguna, dan mereka akan memulakan pra-tempahan untuknya bermula Isnin hadapan. Seperti umum sedia maklum, Maxis telah pun mula mempromosikan dan mengumumkan ia akan hadir melalui laman web rasmi mereka.

Buat masa ini, kami masih belum mengetahui harga jualannya kelak, dan sedang cuba mendapatkan info berkaitan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami