Carian
500 Startups Memfokuskan Pasaran Asia Tenggara Dengan Dana Mikro “500 Durians”
May 30, 2013 Aman

Khailee NgBagi mereka yang bergiat dalam arena dunia startup, mungkin sedia mengenali salah satu penyedia dana, 500 Startups yang sering melabur dalam projek dan produk yang berwibawa. Kini, mereka turut sama akan memfokuskan ke pasaran Asia Tenggara melalui dana mikro, dinamakan sebagai “500 Durians”.

Untuk tujuan tersebut, mereka memperuntukkan sebanyak $10 juta, disamping pada masa yang sama melantik Khailee Ng sebagai rakan niaga baru yang akan menguruskan dana tersebut.

Khailee Ng, seperti semua sedia kenali adalah pengasas laman SAYS.com yang baru-baru ini telah bergabung dengan pihak Catcha Media. Khailee juga turut sama merupakan pengasas Groupsmore yang mana kemudiannya diambil-alih oleh Groupon.

Perkara ini juga sekaligus secara tidak langsung akan memperluaskan lagi pelbagai produk tempatan, disamping pada masa yang sama membolehkan para pembangun tempatan dengan idea kreatif untuk terus maju setapak dalam dunia startup. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripadanya tidak lama lagi.

Komen