Acer Hadir Dengan Video Promosi Computex 2013 – Dua Peranti Misteri Akan Diperkenalkan?

Acer Hadir Dengan Video Promosi Computex 2013 – Dua Peranti Misteri Akan Diperkenalkan?

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh .

Acer baru sahaja melancarkan peranti Aspire R7 yang mana menerima pelbagai maklumbalas positif daripada ramai pihak. Kini, dengan Computex yang akan diadakan pada minggu hadapan, mereka turut sama akan melancarkan beberapa produk baru.

Daripada video yang dimuat-naik oleh pihak Acer hari ini, ia kelihatan dua peranti misteri baru akan menjadi fokus mereka pada acara tersebut. Salah satunya dikatakan sebagai tablet dengan kemampuan yang membolehkan pengguna membuat lebih daripada hanya sekadar menggunakan aplikasi dan juga melayari web.

Pelbagai perkara masih kekal misteri, termasuk apakah sistem operasi yang akan digunakan olehnya. Adakah Windows 8 ataupun Android?

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Acer pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN