Carian
Laman Web eBay Malaysia Diberikan Nafas Baru
May 30, 2013 Aman

eBay merupakan salah satu laman web jual-beli terkemuka seluruh dunia. Setelah memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk pengguna antarabangsa sebelum ini, kini eBay turut sama memberikan nafas baru untuk laman web eBay Malaysia yang mana tampak lebih kemas berbanding sebelumnya.

Ebay Malaysia

Melalui laman baru mereka ini, ia memberikan pengalaman penggunaan yang lebih peribadi, disamping memudahkan lagi pengguna untuk berjual-beli menggunakan laman tersebut. Salah satu fungsi baru yang didatangkan adalah halaman yang dinamakan sebagai Feed, memberikan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang menarik minat mereka.

Buat masa ini, eBay mempunyai lebih 116 juta pengguna aktif di seluruh dunia, dengan lebih 260 juta carian barangan melaluinya setiap hari.

Jadi, apa kata anda mengenai rekabentuk eBay ini? Adakah anda lebih menggunakan eBay ataupun laman alternatif seperti Lelong dan Mudah?

Komen