Cari @ Amanz

Hari ini, selain daripada pihak Huawei yang hadir dengan Ascend Mate, pihak Lenovo Malaysia pula telah mengumumkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka untuk pasaran tempatan, iaitu IdeaPhone K900.

Lenovo K900

Lenovo IdeaPhone K900 ini dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2580 (dwi-teras 2GHz), memori sebanyak 2GB RAM, kamera terbina 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Peranti ini turut dilengkapi dengan paparan 1080×1920 pixel pada skrin bersaiz 5.5-inci.

Di Malaysia, peranti ini akan dijual bermula Julai pada harga RM1699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd