Microsoft telah pun mengumumkan mengenai Surface Pro yang akan hadir ke Malaysia pada bulan Jun, dan kini ia dikedengaran tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 8 itu akan hadir ke Malaysia pada 7 Jun ini.
Untuk makluman, berbeza dengan Surface RT sebelum ini, versi Surface Pro hadir dengan sistem operasi penuh Windows 8, membolehkan para pengguna untuk memasang pelbagai jenis aplikasi desktop pada ia, dan menggunakan seperti komputer biasa.
Dari segi spesifikasi, tablet bersaiz 10.6-inci ini akan dilengkapi cip pemprosesan i5, memori sebanyak 4GB RAM, serta hadir dengan pen digitizer untuk tujuan lakaran dan melukis.
Buat masa ini, harga peranti tersebut masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diumumkan pada minggu hadapan.