Apple Mula Menawarkan iPod Touch 16GB – Menggantikan iPod Touch Generasi Ke-4

Apple Mula Menawarkan iPod Touch 16GB – Menggantikan iPod Touch Generasi Ke-4

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh .

Apple hari ini mengemaskini tawaran keluarga iPod Touch mereka, dimana mereka menggantikan iPod Touch generasi ke-4 mereka dengan versi terkini, dan hadir dengan ruangan storan bersaiz 16GB.

iPod Touch 16GB

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin Retina bersaiz 4-inci, dan dilengkapi dengan cip dwi-teras A5 seperti model sedia ada. Perbezaan iPod Touch versi “bajet” ini dengan yang lain adalah dimana ia turut tidak menyertakan kamera, dan hanya memfokuskan sepenuhnya sebagai pemain media sahaja.

iPod Touch 16GB ini ditawarkan pada harga RM799 dan boleh dibeli melalui Apple Store Malaysia.


TIPS & ULASAN